9:13 AM

Amanah...

Alhamdulillah, akhirnya amanah yang KU pegang ini telah selesai. Bukanya apa, amanah ini melibatkan suka duka, tawa tangis insan-insan yang bergelar rakan guru.

Alkisahnya, AKU diamanahkan untuk mengemaskini data-data semua guru di sekolahKU kat laman web e-Gtukar. Mulai 1 - 30 September 2010 guru-guru di Malaysia boleh mengisi borang pertukaran untuk tahun depan (2011). AKU sebagai insan biasa, risau sesangat hanya kerana kelewatan AKU mengemaskini maklumat guru, ada rakan-rakan guru di sekolahKU yang tidak dapat memohon tukar. Rasa bersalah sangat, kerana kesilapan AKU nanti, mereka tidak dapat bersama suami, isteri, dan anak-anak.

Disebabkan ramai sangat agaknya nak kemaskini data 'last minute' macam AKU ni, server laman web ni pun agak slow. Bagi mengelakkan masalah ni, AKU berjaga dari pukul 1.30 pagi untuk menyiapkan amanahKU ini. Alhamdulllah semuanya selesai. Thanks AfiQ dan aQiL sebab tido lena dan beri ketenangan pada ibu selesaikan amanah ini. Semoga ALLAH yang membalas jasa kalian berdua. Walaupun tugasKU sebagai guru data tiada elaun tambahan, namun AKU tetap berazam menjalankan tugasKU sebaik mungkin. HarapanKU sekiranya ALLAH mengiktiraf pengorbananKU ini, berikanlah ganjarannya kepada anak-anakKU...


Inilah wajah laman web yang menjadi favourite guru-guru bila nak memohon tukar.

0 sahabat cikGU LiNa menyusun kata...:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah mencoretkan sepatah dua kata buat cikGU LiNa